Saturday 27 March 2010

Masak kari dalam oven

Haritu ada ramai yang tanya macam mana I masak kari dalam oven. Actually sama aje macam masak atas dapur tapi lagi hassle-free sebab tak payah kacau2 selalu takut kari tu ‘geseng’ or burnt and berkerak. So, tak lah susah payah sental bontot periuk, hehehe. And yang paling bestnya, boleh masak lama berjam2 dalam oven while we go net surfing, lipat kain, vacuum rumah, keluar pergi shopping :-). Bila dah siap, the meat will just melt off the bone and the kuah akan pekat abis!

Bila I masak kari, I takde recipe khas, semua jenis main campak2 aje dalam periuk. But adalah a few spices yang memang I akan sentiasa guna, kalau tak guna, I rasa macam takde oomph pulaknya (untuk tekak I lah).

Ingredients:

IMG_2370

-Bawang merah (I guna bawang besar sebab bawang merah yang kecik kat sini tu teramatlah mahalnya)

-garlic

-ginger

-rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga and cengkih)

-daun kari (sian I kena guna yang kering nya, hehehe)

-asam keping

-brown mustard seeds/biji sawi

-fennel seeds (jintan putih?)

-minyak secukupnya

-biji halba ( I tak letak banyak, about 5 seeds kot)

-rempah kari (I guna rempah kari daging Baba’s but I tambah lagi serbuk ketumbar, serbuk cumin and serbuk chili)

-tomato paste (kalau takde tomato paste, I guess you boleh guna tomato puree or chopped up freh tomatoes)

-salt and sugar

-coconut milk, less than 1/2 cup (nak add boleh, tak nak add pun takpe. Ganti dgn air kalau tak nak santan)

-daging bertulang 1 kg (I guna gravy beef on the bone)

Cara2:

IMG_2371

-Tumis bawang, garlic, ginger, rempah sekawan, mustard seeds, fennel seeds,daun kari sampai naik bau.

IMG_2373

-then masukkan rempah kari(dan campuran serbuk rempah yg lain tu) and biji halba yang dah ditambah air sikit jadi paste. Masak lagi sehingga lah kari tu pecah minyak or masak.

IMG_2374

-Masukkan daging dalam periuk and then kacau hingga sebati using medium heat.

IMG_2376

-Bila dah agak2 daging tu semua bersalut and dah ada bahagian daging yang brown coloured a bit, transfer the whole lot into a casserole dish.

IMG_2377

-Add santan (I guna tak sampai pun setengah cawan for 1 kg daging), tomato paste, garam, gula and asam keping. Kacau bagi semua bercampur sekata. Then cover the casserole dish dengan aluminium foil and masak dalam oven at 160C. Kena cover sebab tak nak bagi daging tu kering.

IMG_2378

-I tak tambah air masa ni sebab I normally tunggu sampai sejam terakhir untuk tengok cukup kuah ke tak. And I tak letak kentang awal2 sebab I tunggu daging tu dah lembut baru I letak kentang.

-Berapa lama you nak masak kari tu terpulang on jenis daging yang you guna, saiz daging yang you potong2, and pekat mana kuah yang you nak.

IMG_2382 

-Ini kari yang I masak for 4 hours tak silap sampai kuah dia betul2 pekat and daging dia just melting off the bone. Lagi lama you masak, lagi pekat kuah dia and kaler dia lagi gelap sebab I guess santan tu dah betul2 ‘hilang’ sebati dengan kari kot.

21 comments:

rainoserez said...

wow! mcm senang jek.. musti cubak nih..!!

Unknown said...

aauuwww! I tak pernah buat kekdah gini kak LG...i'll give a try nextime. Tq!

Mat Gebu said...

Ini kalau i masak, sure i lah 1st person dalam kampung yang masak kari dalam oven...hahaha, semua makcik pingsan kalau tau!!!!!...hahaham tapi kan LG, sukaaaaa sgt pic ingredients yg u tangkap tu...i likeeee!!!!!

lemongrass said...

Raino,
I ni kan malas, so apa2 aje yg menyenangkan hidup I akan I gunakan, hehehehe

Frida,
I pun baru aje guna kaedah ni sbb dah malas nak menunggu kari I masak lama2 atas stove tu :-)

Cik Mat,
Wehehehe... Makcik2 kampung tu nanti sure akan kata, mentang2 lah oven dia besar, kari pun nak masak dlm oven, memang dasar pemalas, muahahahaha..
I takut klu I tak tunjuk ingredients, ada lak orang yg tak paham, hehehehe

Jamelah Khatun said...

Salaams Min, excellent idea. Thx for sharing.Kak Jamelah akan cuba cara ni.

Cikmin said...

perghhh..lama giler u nasak kari LG...cikmin cincai2 masak setengah jam siap..eh..tu kari ikan..kalau daging lama sket..ngeee...

ejaescobart said...

sedapnyaaa.. kuah pekat,likat n terangkat.. (mcm laa dok tgh mkn la ni.. :P)

ni mkn dengan roti jala best ni.. nyum nyum,...

Maryam Izza said...

Salam Kak Min!
aduh pd pukul 12 mlm ni perut ni tiba2 rasa lapar dek panahan kari oven mu itu kiki :)
rempah kari babas mmg sedap kak dulu suka guna adabi lani dah tukar babas hehe

Unknown said...

mcm goulash pon ader ya

PatinPasta said...

LG,

Oooo.. gitu ek? Tuh la.. saya pon tertanya2 camno LG masak kari dalam oven. Skang dah tau la. Buleh try nanti kan. :)

TopsyTurvyMum said...

NI baru betul kalau cikgu yg ajar...complete!!

sana takde daun kari fresh ke? sini ada..satu peket ada 20 tangkai dlm $2..selalunya mmg tinggal byk yg kering pasal bukan selalu masak kari :) apsal ler diorg tak jual setangkai2?

SJB aka SUELYN J-B. said...

Oh wow baru lah saya tahu macamana nak masak kari dalam oven. Lain kali saya mesti nak buat ni juga.

Terliur juga saya hehehe.

lemongrass said...

Kak Jamelah,
salam. Masak kari ni ambik masa yg lama tapi boleh tinggal just like that while doing other stuff, tu yang I suka :-).
Thanks for the pressies!

Cik Min,
Memang lama giler kan, hehehe. But I suka masak mcm ni sbb I boleh start masak and tinggal aje lepas tu, sambil gi ambik anak kat sekolah, gi grocery shopping, kemas rumah, jemur kain, hahahaha

Eja,
Kari penang macam ni kan? :-). I baru aje teringat nak makan lempeng bila tengok kat rumah Cik Mat, sedap betul makan dgn kari kan, hehehe

Maryam,
salam. I pun dolu2 guna Adabi sbb itu aje yg ada. But dah lam st2 guna Babas ni sebab lagi kaw2 dr Adabi :-).

me itu saya,
lebih kurang goulash, stew and yang seangkatan dengan nya lah :-)

Aida,
hikhikhik... senang aje kan! My hubby suka kari ala2 Mamak tu but I malas nak duk lama2 dpn stove tu yg terfikir nak buat mcm ni :-)

TTM,
wakakakaka... Siap dgn pictured instructions lagi tu :-P.
Kat sini so far fresh daun kari tak pernah jumpa kat supermarket, yg kering aje berlambak2. But I tau ramai yg ada pokok kari in their backyards! Except me lah, hehehe

SJB,
it's so easy kan! :-). Macam masak stew lah kan, during winter time.

HAMSINI said...

Saya masak karipun guna Baba's

Rima said...

LG macam nak buat gitu but ah i will wait till everyone is at home.. buat masa kini yg kat rumah cuma me and sonia aje :(

Mia's Mom said...

Salam LG :-D

Thanx for sharing. I nak try buat dengan lamb, sebab kat sini lamb lagi senang dapat dari beef. Laaaa....! Selama hari ni I ingat fennel is jintan manis & cumin is jintan putih. :-D Nasib baik kat sini, sebab rempah semua guna nama "orang putih".

lemongrass said...

Hamsini,
I rasa Baba's ni lagi sedap dari Adabi. Lagi banyak rempah ratusnya kot.

Rima,
poor you, sure senyap sunyi aje kan bila berdua :-(.

Mia's Mom,
salam.. Actually I tak pernah ingat which one is jintan manis and which one is jintan putih, that's why I put the question mark there, hehehehe.
Like you said, nasib baik kat UK n OZ semua ada nama so senang nak tau, hehehehe

ejaescobart said...

kak LG,

kari penang memang cam ni.. huih.. ni kalau mami jarum tgk ni meleleh laa ayaq lioq dia.. hahhaha..

memang menarik kalau mkn dengan lempeng pekak cik mat tu... ;)

blu4sky said...

salam LG,

your entry remind me of my zaman study..teringat my housemate..masa raya masak lemang pakai microwave pastu guna foil bakar kat grill.. bila duduk diperantauan.. nak makan punya pasal.. mcm2 idea creative keluar :D

Mummy Irfan said...

nampak senang la masak kari camni.sy tak pandai masak kari.nak try la cara nih..thanks kak LG..

lemongrass said...

Eja,
kalau Mamak Penang tengok kari I, mau diaorang terus terpikat kat I kan, hahahaha

Blu4sky,
salam. Orang yg duduk kat perantauan ni kdg2 memang kena terlebih creative masa kat dapur especially bila nak masak traditional food kan :-).

Mommy Irfan,
For me, memang senang lah masak kari ni sebab boleh tinggalkan macam tu aje while I buat kerja lain. Multitasking kan :-).